Wednesday, 27 January 2016

Moto

Moto 

Moto Kadet Bomba ialah ‘Mencegah Untuk Menyelamat’ yang selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar diberi latihan dan didikan kaedah menyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, pasukan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan Kadet Bomba ialah untuk membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment